Monday, 9 February 2015

Throwback: Masuk formsix

Tajuk kita pada hari ini adalah mengenai masuk formsix? Pehhh apa barang lu nak masuk formsix mana ade kelas . Baju sekolah ? Kau dah 18 apa hal nak menyanyi pagi pagi dekat berhimpunan semua pasal sekolah yang dari dulu aku memang dah cakap dekat semua orang yang aku TAKNAK MASUK TINGKATAN ENAM. hahahah dan akhirnya padan muka aku memang ditakdirkan masuk formsix.

Sebenarnya aku rasa la kan result SPM aku takdela teruk sangat jadi harapan untuk ke Universiti selepas Spm tu ada. Walaupun kimia kot dapat D. Ape kejadah punya budak apa kau buat dekat kelas . Hahaa , dapat kimia D banyak memberi impak dalam hidup aku seterusnya sebagai pelajar piur sains kata deme. Akhirnya matrik pun tak dapat. Aku ingat lagi , perihal UPU semuanya kakak aku pilihkan ,aku duk rumah je kenang nasib. SPM 5A tp subjek sains aku kelaut jahh. Akubat terjerumus kedalam gejala _________________ aku kira. Haha sepatutnya dah mak bapak hanta duduk asrama tu belajar la gigih sikit. Ni main main, padan jugak dengan muka aku. Menangis tak berlagu aku kat rumah. Sekali result UPU kua perghh tak dapat U pun masa tu aku cuma dapat offer POLITEKNIK kos ukur tanah T.T .. apa tu.. akhirnya aku buat keputusan, masuk tingkatan enam. Aku pulak dapat offer tingkatan enam sains masa tu. Aku pilih kelas sains Biologi. Hahaha aku rasa macam tak mungkin la nak bawak sains dah. Mungkin cinta aku dan sains sampai disini. Dah tu terpaksa lah aku bertahan dalam sebulan duduk dalam kelas sains seperti Alien kerana aku seorang saja gadis yang berbangsa melayu di dalam kelas aku. Geng geng meneketehe aku semuanya ada kat kelas kemanusiaan. Memberontak jiwa ku. Nak tukar kelas. Jadi selepas sebulan bertahan di kelas sains aku dapat tukar kelas kemanusiaan. Leganya. Pakej kelas aku , Pengajian Am , Pengajian Perniagaan n , Sejarah dan Bahasa Melayu. Kadang kadang bila fikir balik masa mula mula dapat tahu yang aku kena sambung formsix dekat sekolah lama. Asrama pulak tu , Allah je tahu perasaan aku. Well kalau kau la kan dah jadi senior dekat asrama tu masa formfive lepas tu kena datang balik jadi budak formsix kau nak ke ? Padahal masa formfive dulu dah bajet habis taknak jadi senior. Siap tinggal tanda nama lagi ( conteng katil , bantal ) siot aje lepas tu kau datang balik? Hahaha .
Aku tahu sampai sekarang ramai mak enon dan pak moin yang pandang rendah terhadap kami. Pelajar pelajar tingkatan enam. Persepsi masyarakat tak berubah pun. Aku pun dulu taknak masuk formsix sebab mentaliti cetek aku dulu. Jadi biarlah mereka terus berkata. Terima kasih Allah kurniakan aku ibu bapa yang berfikiran terbuka maju kehadapan. Mak dan ayah sentiasa sokong aku, Apa saja yang aku buat. Aku tahu mereka ada dibelakang . Jadi pada aku pengalaman di tingkatan enam ni 100000000000000000000000000000000x lagi manis dari pengalaman sekolah aku masa tingkatan 1-5 . Seriously seronok sangat. Kenangan betul. Walaupun aku pakai baju sekolah masa umur 19 tahun. Walaupun aku duduk asrama yang budak formsixnya ade 10 orang? Walaupun aku terpaksa sorok handphone dalam botol nike sebab nanti handphone kena rampas, Walaupun ada kawan dan samdol yang pandang rendah dekat aku sebab aku masuk formsix. Buuuu~ . Bagi aku setiap orang ada pilihan sendiri , tidak kisah la kau belajar mana , kos apa , asalkan kau berjaya. Senang senang hati nak menilai orang dari luaran kau fikir kau hebat sangat ke. Tapi kalau rasa hebat sangat takpela. Banyak sangat kenangan best masuk tingkatan enam ni. Serius kalau dah masuk tu tak perlu keluar. Aku tak faham kenapa ada yang keluar. Hahaha yela baju sekolah tak sesuai dengan jiwa kau kot. Kukuikui

No comments:

Post a Comment