Saturday, 30 December 2017

Umur 24 tahun.

Sebenarnya semasa aku menaip dekat blog ni aku berada di suatu tempat yang paling aku tak suka..

Belakang aku sakit, tak tahulah kenapa, aku rasa sebab aku yang salah ni. Senaman mengarut. Hmm

Alhamdulillah harini genap 365/365 tahun 2017 dalam fasa hidup seorang Iffa Syahida Bt Rosli.. Apa yang aku ingat, banyak sangat pengajaran yang aku dapat dalam hidup aku semasa berusia 23 tahun.

Segalanya, terima kasih untuk semua yang hadir dalam hidup aku sepanjang tahun 2017,

Terima kasih untuk yang masih kekal ada,

Terima kasih juga untuk yang meninggalkan aku,

Aku hargai segalanya, kenangan, pengorbanan semua orang yang pernah mengenali seorang Iffa Syahida Bt Rosli.

Tahun 2017 ni aku dah grad degree tau. Alhamdulillah aku berjaya dapat apa yang aku nak iaitu bergraduasi dengan Sarjana Muda kelas pertama ( first class degree). Apa yang aku taip ni sedikit pun takde niat nak riak tau, aku cuma nak coretkan perkara ni dalam blog yang aku bukak setahun sekali.

Lepas ni aku sambung phd (fastrack) dekat UM jugak, cita-cita aku nak jadi seorang pensyarah dan harap sesiapa yang baca ni tanpa sengaja ke, doakan yang terbaik untuk aku ya.

Semoga satu hari nanti akan mampu mengukir senyuman diwajah mak dan ayah. Semoga aku dapat bahagiakan mereka. Amin..







Geng baling topi tapi takde paen, walau apa pun jadi ko tetap dalam hati aku ;)

Memori termanis 2017 terima kasih semuanya.

No comments:

Post a Comment