Monday, 4 June 2018

6/5/2018

Forgiveness doesn't mean that what they did was okay. But I'm no longer going to allowed the pain that you caused to me to affect who i am right now. I'm forgiving you for me. Not for you. You have to deal with what you have done. You know who you are.

Saturday, 30 December 2017

Umur 24 tahun.

Sebenarnya semasa aku menaip dekat blog ni aku berada di suatu tempat yang paling aku tak suka..

Belakang aku sakit, tak tahulah kenapa, aku rasa sebab aku yang salah ni. Senaman mengarut. Hmm

Alhamdulillah harini genap 365/365 tahun 2017 dalam fasa hidup seorang Iffa Syahida Bt Rosli.. Apa yang aku ingat, banyak sangat pengajaran yang aku dapat dalam hidup aku semasa berusia 23 tahun.

Segalanya, terima kasih untuk semua yang hadir dalam hidup aku sepanjang tahun 2017,

Terima kasih untuk yang masih kekal ada,

Terima kasih juga untuk yang meninggalkan aku,

Aku hargai segalanya, kenangan, pengorbanan semua orang yang pernah mengenali seorang Iffa Syahida Bt Rosli.

Tahun 2017 ni aku dah grad degree tau. Alhamdulillah aku berjaya dapat apa yang aku nak iaitu bergraduasi dengan Sarjana Muda kelas pertama ( first class degree). Apa yang aku taip ni sedikit pun takde niat nak riak tau, aku cuma nak coretkan perkara ni dalam blog yang aku bukak setahun sekali.

Lepas ni aku sambung phd (fastrack) dekat UM jugak, cita-cita aku nak jadi seorang pensyarah dan harap sesiapa yang baca ni tanpa sengaja ke, doakan yang terbaik untuk aku ya.

Semoga satu hari nanti akan mampu mengukir senyuman diwajah mak dan ayah. Semoga aku dapat bahagiakan mereka. Amin..







Geng baling topi tapi takde paen, walau apa pun jadi ko tetap dalam hati aku ;)

Memori termanis 2017 terima kasih semuanya.

Friday, 23 September 2016

Pengalaman aku amik lesen memandu!


Cliche gile tajuknya tapi tula,

Aku amik lesen masa umur 22, macam come on la kawan kawan aku mungkin 70% semua dah ade lesen, so tiada apa apa yang menarik untuk amik lesen pada umur 22 ni. Tua dah.

Mula aku nak amik lesen ni sebab mimi nak amik lesen, mimi dah 25 kot lepas habis master baru decide nak amik lesen sebab senang nak keje nanti kan, then mak aku pun cakap nak amik lesen gak. So akhirnya kami tiga beranak amik lesen. Hahaha so procedur nak amik lesen ni xdela susah mana
okay je.

Aku ni memang xpernah amik tau pape pasal kete, jalan ke ape ke. So aku amik lesen dengan 0 ilmu pasal driving. Nak drive kete bapak aku secara haram mmg takla so. Memang first time. Amik lesen dekat area manjung je. Growth plus academy kot. Rate 945 tp tak include test comp n buku , latihan tambahan kire kire dalam 1000 jugak pergh tula lain kali kome amik lesen awal awal mende makin lama makin mahal la wajibur.


Lepas ko dah daftar lesen kite kene duduk dengar ceramah selama 3 jam masa ni ok je
Tambal ilmu pasal kereta, peraturan, jalanraya. Aku untung sikitla
Im not alone ade mak n kakak aku sekali.

So lepastu ko kne sit for exam.
Exam komputer
Nanti ko akan dapat 1 buku, so just study buku tu nanti ko akan dapat jawab soalan soalan ni
ade 50 soalan markah lulus 42/50
aku dengan mak aku dapat 48
kakak aku dapat 49
Serius ni family pandai ni. Hahahaha


Oh aku buat lesen masa cuti sem so xde masalah.
Lepas lulus kompeter maka keluarlah lesen L. Woi untuk beginner macam aku keluar lesen L pun dah besor rahmat tau. Bangge gak. Hahaha then dah leh start kelas . Kelasnya atas litar + jalanraya 8jam je so nanti cikgu ko akan arrangekan.

Aku selalu dengar orang cakap cikgu memandu dorang bapak garang. Suka tengking. Aku macam
alah. Dah besar la tak suka kena marah. Aku berdoa supaya cikgu memandu aku baik dan janganla marah walau sebodohh n selembab manapun aku nanti.


Doa aku terjawab. First day class aku diajar buat RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) ade r step dia ni baru punya skema ni. Kene tgk semua part kereta. Bumbung ,bawah kete lampu, signal, pintu,dalam bonet kene ade ape , pastu cek bonet depan tgk minyak enjin, minyak brek, air radiator, air battery,air wiper,tali sawat la, getah hos la. Macam kan aku cakap selama ni aku mana pernah kesah. Tahu pulak aku radiotor tu letaknya kat mana. Bagusla skema macam ni atleast ko
perempuan pun xdela tebodo bodo reti bawak keteje mende lain tak tau. Hahaha


Lepas RPK de RSM (Rutin sebelum memandu) ni apa yang ko buat dalam kereta cek signal, cek lampu depan, cek lampu kecemasan, cek wiper, cek tolok segala tolok la.. Then pakai selt belt dah boleh gerak.


First aku bawak kete gile tak exsaited kome. Mesti la excited. Cikgu aku namanya Pakcik Latif, alhamdulillah baik gile. Jauh dari cerita orang garangla tengkingla. Aku buat salah dia gelak je, salah pusing sterengpun dia gelak je. Sempoila senang cite xde marah marah.


So dalam litar ko kene buat 4 bende.

Lepas RPK n RSM ko kene
i)Naik bukit n turun bukit
ii)Selekoh S
iii)Selekoh Z
iv)Parking tepi
v)Parking sisi

Aku rasa aku paling bangang  bahagian bukit kot. Ade sehari ni cikgu ajar naik bukit sampai 10 kali aku xlepas. Aku macam dah trauma. Serba salah sebab bengap. HAHAHAH adoi.. Cikgu aku yang baik pun mungkin rasa macam apehal budak ni bukit je kot. ahaha. Aku xde masalah dengan part lain. Bukit je. Tapi sehari tu jela. Lepas tu balik rumah aku discuss dengan mak n kakak aku
cmne.. buat lesen sesama ni mmg mmbantu sebab kita boleh sembang n refresh pembelajaran bila kat rumahkan.

Kelas seterusnya aku dah reti naik bokit secara profesional. Hahaha then keluar jalan pulak so untuk jalan ko akan blaja JALAN A, JALAN B, JALAN C. Ingat semua jalan ni nanti masa test jpj kt sebelah akan cakap. Saya nak jalab B , so ko bawakla jalan b jangan lupa jalan T.T

Bagi aku belajar memandu ni okay, tak suasahla enjoy je. Cuma penat do nak pusing strereng ko kan beginner. Sakit tgn pulas lesen tau. Pastu mestila rasa excited ko slame ni jadi bos je duduk blakang, or sebelah kawan ko yg bawak. So bila ade peluang bawak kereta sendiri. Wewitt. Berbunga Macamtu jela. Harilast aku bawak, macam ade ujian olok olok la. Ckgu aku cakap aku pass. Hahah tu esoknya ade JPJ. Kahkhak. Jalan pun ok aku dah hafal berkat pertolongan ayah yg bawak ktorg melawat jalan A B C dan didi yang bg idea guna google map bergambar so aku boleh hafal jalan dengan gembira.

Pengalaman test JPJ plak. Nanti aku cite

Saturday, 16 January 2016

How was my life in 2015!

Hai gais its been 2016 now
Sumpah aku dah tua. im 22 now..
phewww.. 
aku kat rumah sekarang . 
tengah cuti sem..aku dh besar tak sangkee haha
i just...hoping that i can improve myself 
be better ;)

Monday, 9 February 2015

KEEEEEE

Aku bukanlah pelajar yang cemerlang pun.
Tapi boleh la kalau tanya macam mana nak belajar tu kan . Kalau kau buat insyaAllah boleh fandaii katanyaa.

1.Bila study bukak buku jauhkan diri dari segala punca kejahatan yang boleh menganggu tahap konsentrasi tu. Tapi macam mana aku faham la sekarang handphone tu ade je kat tangan. Macam aku kan rase bosan bila nak fokus aje. So asyik nak scroll fb dengan wassep yang takde kaitan dengan aku pun. Jadi kadang kadang tpakse campak hp ke atas katil , jauh sikit dari meja. Tapi macam tak berhasil sangat la masih boleh dicapai.

2.Baca dan faham walaupun kekadang mak jemah baca byk kali tapi tak faham faham tapi ada jugak yang tak baca sebab malas jadi memang tak faham la cerita dia. tAPI SERIUS la kene baca dan faham takat baca je ermmm macam mana tu . Hahaha gile ke ?

3.Buat nota/mind map sejak masuk formsix baru la aku aplikasikan mende mende gini sebab sarat sangat pulak tambah lagi sejarah, jadi aku rasa agak berkesan jugak kaedah tulis nota ni. Tapi aku ada masalah dimana nota yang aku tulis tu kekadang aku sendiri pun tak boleh baca. Sebab.....




Dasyatnye. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . Hahahaha

Tapi aku sedih jugak dari zaman upsr jadi budak target 5A aku dapat 3A2B je. 
PMR 8A aku dapat 7A1B , SPM 9A aku dapat 5A , STPM 4.00 aku cuma dapat 3,75.
Takpernah menepati mana mana target yang telah ditargetkan pun. Syukurlah nakk. Haha

Throwback: Masuk formsix

Tajuk kita pada hari ini adalah mengenai masuk formsix? Pehhh apa barang lu nak masuk formsix mana ade kelas . Baju sekolah ? Kau dah 18 apa hal nak menyanyi pagi pagi dekat berhimpunan semua pasal sekolah yang dari dulu aku memang dah cakap dekat semua orang yang aku TAKNAK MASUK TINGKATAN ENAM. hahahah dan akhirnya padan muka aku memang ditakdirkan masuk formsix.

Sebenarnya aku rasa la kan result SPM aku takdela teruk sangat jadi harapan untuk ke Universiti selepas Spm tu ada. Walaupun kimia kot dapat D. Ape kejadah punya budak apa kau buat dekat kelas . Hahaa , dapat kimia D banyak memberi impak dalam hidup aku seterusnya sebagai pelajar piur sains kata deme. Akhirnya matrik pun tak dapat. Aku ingat lagi , perihal UPU semuanya kakak aku pilihkan ,aku duk rumah je kenang nasib. SPM 5A tp subjek sains aku kelaut jahh. Akubat terjerumus kedalam gejala _________________ aku kira. Haha sepatutnya dah mak bapak hanta duduk asrama tu belajar la gigih sikit. Ni main main, padan jugak dengan muka aku. Menangis tak berlagu aku kat rumah. Sekali result UPU kua perghh tak dapat U pun masa tu aku cuma dapat offer POLITEKNIK kos ukur tanah T.T .. apa tu.. akhirnya aku buat keputusan, masuk tingkatan enam. Aku pulak dapat offer tingkatan enam sains masa tu. Aku pilih kelas sains Biologi. Hahaha aku rasa macam tak mungkin la nak bawak sains dah. Mungkin cinta aku dan sains sampai disini. Dah tu terpaksa lah aku bertahan dalam sebulan duduk dalam kelas sains seperti Alien kerana aku seorang saja gadis yang berbangsa melayu di dalam kelas aku. Geng geng meneketehe aku semuanya ada kat kelas kemanusiaan. Memberontak jiwa ku. Nak tukar kelas. Jadi selepas sebulan bertahan di kelas sains aku dapat tukar kelas kemanusiaan. Leganya. Pakej kelas aku , Pengajian Am , Pengajian Perniagaan n , Sejarah dan Bahasa Melayu. Kadang kadang bila fikir balik masa mula mula dapat tahu yang aku kena sambung formsix dekat sekolah lama. Asrama pulak tu , Allah je tahu perasaan aku. Well kalau kau la kan dah jadi senior dekat asrama tu masa formfive lepas tu kena datang balik jadi budak formsix kau nak ke ? Padahal masa formfive dulu dah bajet habis taknak jadi senior. Siap tinggal tanda nama lagi ( conteng katil , bantal ) siot aje lepas tu kau datang balik? Hahaha .
Aku tahu sampai sekarang ramai mak enon dan pak moin yang pandang rendah terhadap kami. Pelajar pelajar tingkatan enam. Persepsi masyarakat tak berubah pun. Aku pun dulu taknak masuk formsix sebab mentaliti cetek aku dulu. Jadi biarlah mereka terus berkata. Terima kasih Allah kurniakan aku ibu bapa yang berfikiran terbuka maju kehadapan. Mak dan ayah sentiasa sokong aku, Apa saja yang aku buat. Aku tahu mereka ada dibelakang . Jadi pada aku pengalaman di tingkatan enam ni 100000000000000000000000000000000x lagi manis dari pengalaman sekolah aku masa tingkatan 1-5 . Seriously seronok sangat. Kenangan betul. Walaupun aku pakai baju sekolah masa umur 19 tahun. Walaupun aku duduk asrama yang budak formsixnya ade 10 orang? Walaupun aku terpaksa sorok handphone dalam botol nike sebab nanti handphone kena rampas, Walaupun ada kawan dan samdol yang pandang rendah dekat aku sebab aku masuk formsix. Buuuu~ . Bagi aku setiap orang ada pilihan sendiri , tidak kisah la kau belajar mana , kos apa , asalkan kau berjaya. Senang senang hati nak menilai orang dari luaran kau fikir kau hebat sangat ke. Tapi kalau rasa hebat sangat takpela. Banyak sangat kenangan best masuk tingkatan enam ni. Serius kalau dah masuk tu tak perlu keluar. Aku tak faham kenapa ada yang keluar. Hahaha yela baju sekolah tak sesuai dengan jiwa kau kot. Kukuikui

Post Pertama

Haha, serius rasa kelakar.
Hai semua assalamualaikum
Saya Iffa Syahida Bt Rosli , umur 21 tahun ini blog ketiga saya memandangkan blog pertama dan blog kedua sudahpun aku lupa passwordnya -.- .
Tetibe harini dtg feel nak typing pulak jadi apa salahnya kan taip taip sikit buat latihan senam jari runcing katenye curlass kau jah. Haha
So intro pertama ni takde pape sgtla. Saje je aku nak test kelajuan aku menaip sama macam dulu tak?
'Juara Typing Terpantas' dlm mimpi waklu. Hahaha
Jadi serba sedikit mengenai latar belakang . Kenapa latar belakang ? Kenapa tak latar depan? Pelik gak kan
jadi latar depan saya bajet pembaharuan sikit la bro. Hanyalah seorang gadis biasa , mungkin agak luar biasa atau sederhana . Merupakan seorang anak kepada seorang anggota polis yang turut pernah berkhidmat sebagai TUDM kenali bapa saya sebagai Pak Lee dan anak gadis kepada mak saya Cik Mas. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Mempunyai seorang kakak yang dah tua usianya 24 tahun Mimi dan seorang adik lelaki yg berusia 16 tahun. Aku sekarang tengah belajar. Degree di Universiti Malaya dalam jurusan Bahasa Melayu. Aku dgn kakak aku belajar di Universiti yg sama , tp kakak aku tengah master kat sini. Untung jugak punya kakak di universiti yang sama dimana aku boleh la buat pesanan barang yang tak perlu dibayar pakai duit aku. Ahh kau pun selalu paw orang . Haha.Dan aku, seperti yang aku cakap tadi hanyalah gadis biasa yang aku rasa aku ni mungkin perlu masa untuk tampil mesra dengan strangers atau kau akan cakap aku belagak? muka garang ? serius? ntah. Di dalamnya aku seorang yang kelakar , lawak , mungkin banyak berlawak lawak sahaja namun tetapi ada masanya jadi serius pulak.Ntahla aneh sekali.  Haha ekeleh

Okay banyak sebenarnya cerita berguna yang aku boleh tulis kat blog ni sebenarnya tapi nanti nanti la. Maybe post seterusnya akan cerita pasal pengalaman aku jadi budak FORMSIX. STPM tahuu? Ye aku ex stpmers and im totally proud with it :)

Babai - Ifafae.